Patriotisme tingkat semangat lawan Covid-19

Saarani (depan, tengah) mengibarkan Jalur Gemilang bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Perak selepas merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.
Saarani (depan, tengah) mengibarkan Jalur Gemilang bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Perak selepas merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen Jalur Gemilang pada tahun ini perlu membangkitkan semangat patriotisme rakyat sebagai tanda solidariti dalam melawan pandemik Covid-19.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, semangat patriotisme merupakan ciri penting untuk membina kekuatan dalam kalangan rakyat bagi menghadapi cabaran seperti ancaman besar Covid-19 yang sedang dihadapi kini.

Menurutnya, penularan Covid-19 selama hampir dua tahun ini bukan sahaja menyebabkan sambutan Bulan Kebangsaan terpaksa disambut dalam normal baharu tetapi ia turut melumpuhkan ekonomi, malah mengkucar-kacirkan kehidupan segenap lapisan rakyat.

"Setiap tahun apabila menjelang sambutan Hari Kebangsaan, ia menyedarkan kita semula tentang pentingnya semangat patriotisme dan cinta kepada negara. Bagi saya, dalam keadaan negara yang sedang berdepan ancaman Covid-19, semangat patriotisme ini menjadi sangat penting.

"Penerapan semangat patriotisme bukan sahaja menjadi ciri penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang merdeka tetapi juga mampu membina kerukunan jitu dalam kalangan rakyat bagi menghadapi cabaran seperti ancaman besar yang sedang kita hadapi hari ini," katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan seluruh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Saarani (kanan) menampal pelekat magnet jalur gemilang pada kenderaan jabatan penerangan selepas merasmikan merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.
Saarani (kanan) menampal pelekat magnet jalur gemilang pada kenderaan jabatan penerangan selepas merasmikan merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Saarani berkata, sejak 1 Ogos lalu, lebih 10,000 Jalur Gemilang diedarkan secara serentak di seluruh Perak sempena Pelancaran Kempen Jalur Gemilang Peringkat Negeri Tahun 2021.

Katanya, pengagihan beg cenderahati termasuk pelekat magnet Jalur Gemilang yang boleh ditampal di kenderaan, bendera tangan dan bendera besar juga telah dilaksanakan.

Menurutnya, sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini khususnya di Perak, beberapa pengisian program telah dirancang termasuklah Program Bicara Kemerdekaan secara dalam talian dan Info on Wheels Merdeka.

"Saya turut mengalu-alukan penyertaan semua pihak dalam aktiviti pertandingan seperti Pertandingan Pidato Hari Kebangsaan, Keceriaan Bulan Kebangsaan, Kahoot-Kuiz Online, Bintang Patriotik Smule, Teka Silang Kata Online, Selebriti Merdeka PerakFM dan Kuiz Kemerdekaan PerakFM.

"Segala maklumat aktiviti akan disebarkan melalui Facebook Jabatan Penerangan Negeri Perak dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak," katanya.

INFO

> Pengisian Sambutan Bulan Kebangsaan

> Program Bicara Kemerdekaan ( Merdeka Talk secara dalam talian)

> Info On Wheels Merdeka Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan (Kategori Individu sahaja)

> Pertandingan Pidato MerdekaKu

> Pertandingan Nyanyian Semarak Merdekak

> Pertandingan Kuiz Kahoot Sejarah Kemerdekaan

> Pertandingan Silang Kata Kemerdekaan

> Pertandingan Kuiz di PerakFM

> Pertandingan Karok Merdeka PerakFM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!