X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Bekas mufti Tokoh Maal Hijrah Terengganu

Al-Sheikh Abdul Halim Abd Kadir
A
A

KUALA TERENGGANU – Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Al-Sheikh Abdul Halim Abd Kadir diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada Majlis Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri Terengganu tahun 1443/2021 pada Isnin malam.

Anak kelahiran Jertih, Besut berusia 86 yang pernah memegang jawatan sebagai Mufti Terengganu pada tahun 2000 itu menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, piala Tokoh Maal Hijrah 1443/2021, sijil penghargaan dan persalinan.

Tokoh Imam Cemerlang pula diberikan kepada pesara kerajaan, Abd Wahab Muhammad, 77, yang telah berkhidmat sebagai imam di Masjid Kampung Rawai, Marang selama 57 tahun iaitu sejak tahun 1964.

Pengumuman itu membolehkan Abd Wahab yang juga jurunikah bertauliah, jurusembelih dan jurumandi jenazah membawa pulang wang tunai RM5,000, piala dan sijil penghargaan.

Bagi tokoh Bilal Cemerlang pula, anugerah itu disampaikan kepada Mohd Puteh, 67, dari Masjid Kampung Pecah Rotan, Kuala Nerus dan menerima wang tunai berjumlah RM5,000, piala dan sijil penghargaan.

Majlis Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri Terengganu tahun 1443/2021 yang diadakan secara dalam talian bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) telah disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pengumuman tokoh-tokoh sempena sambutan Maal Hijrah pula dilakukan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!