Padah hina PDRM di Facebook

Tertuduh, Anas Mohd Zainal Abidin, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas mengaku salah menghina PDRM.
Tertuduh, Anas Mohd Zainal Abidin, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas mengaku salah menghina PDRM.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Padah menulis komen tidak beretika ditujukan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam Facebook, seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Lebih malang, tertuduh, Anas Mohd Zainal Abidin, 36, dari Taman Perumahan Kos Rendah Wakaf Tengah, Kuala Nerus, bakal dipenjarakan dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dan niat hendak memecahkan keamanan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengaibkan dengan niat mendatangkan bangkitan marah kepada pegawai dan anggota PDRM dengan mengetahui ia boleh memecahkan keamanan awam di pejabat Unit Media Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, jam 2.30 petang pada 27 September 2017.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: