'Jaga anak-anak dengan baik, pesanan terakhir Sarah'

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib akan memegang pesanan terakhir yang ditinggalkan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sebelum dia ditidurkan.
Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib akan memegang pesanan terakhir yang ditinggalkan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sebelum dia ditidurkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib akan memegang pesanan terakhir yang ditinggalkan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sebelum dia ditidurkan.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shamira Muhammad, 37, Siti Sarah meminta dia menjaga anak-anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6, dengan baik.

“Dia nak saya jaga anak-anak dengan baik.

“Itu sudah pasti, saya akan didik sebaik mungkin untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, InsyaALLAH," ujarnya ketika ditemui usai pengebumian jenazah Allahyarham Siti Sarah di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak pada Isnin.

Reda dengan pemergian bidadari syurganya itu, Shuib berharap semua pihak mendoakan perjalanannya bersama anak-anak selepas ini dipermudahkan.

"Arwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayash Affan yang dilahirkan 6 Ogos lalu. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Ternyata, ALLAH lebih menyayanginya.

Waris membacakan doa selepas pengebumian jenazah penyanyi Siti Sarah Raissuddin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak hari ini.
Waris membacakan doa selepas pengebumian jenazah penyanyi Siti Sarah Raissuddin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak hari ini.

"Doakan semua urusan saya dipermudahkan," ujarnya yang terpaksa merahsiakan pemergian Siti Sarah daripada tiga anaknya sehingga selesai urusan pengebumian.

Artikel Berkaitan:

Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Dalam pada itu, ketika ditemubual kira-kira jam 2 petang itu, Shuib mendedahkan, tiga anak mereka masih belum mengetahui mengenai pemergian bonda tercinta.

"Anak-anak belum tahu mengenai pemergian ibu mereka. Ini tugas paling berat untuk saya dan saya perlu beritahu mereka.

"InsyaALLAH, saya harap semua OK. Terus mendoakan keluarga saya," katanya.