Hamzah, KPN hadir beri penghormatan terakhir

Rakaman siaran langsung Hamzah dan Acryl Sani melawat waris dua anggota polis di IPD Kajang pada Isnin.
Rakaman siaran langsung Hamzah dan Acryl Sani melawat waris dua anggota polis di IPD Kajang pada Isnin.
A
A
A

KAJANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sarjan Mohd Arifah Md Yasin dan Allahyarham Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi di Surau Al-Amin Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Isnin.

Mohd Arifah dan Mohd Muradzi terkorban ketika sedang melaksanakan tugas Op Samseng Jalanan di Kilometer 24.4 Lebuh Raya Silk arah Kajang-Putrajaya, awal pagi Ahad.

Hamzah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Arifah dan Mohd Muradzi atas kehilangan insan yang tersayang.

"Pihak polis juga akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi bagi memastikan keadilan untuk keluarga Allahyarham.

"Semoga roh kedua-dua Allahyarham mendapat husnul khatimah oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama roh golongan yang beriman," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass; Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias; Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan.

Dalam kenyataan Acryl Sani pada Ahad, beliau mewakili warga Polis Diraja Malaysia sedih dengan kejadian yang menimpa dua anggota polis terbabit dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang terkorban dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab diamanahkan.

“Sememangnya tugas sebagai anggota penguatkuasaan undang-undang ini penuh dengan cabaran dan risiko yang tinggi.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun ia tidak akan melunturkan semangat untuk terus memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Pada Ahad, Mohd Arifah dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Mohd Muradzi dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dilaporkan maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung dalam kemalangan di Lebuh Raya Silk.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku di Kilometer 24.4 dari arah Kajang menghala ke Putrajaya ketika kedua-dua anggota berkenaan sedang menjalankan Operasi Samseng Jalanan kira-kira jam 1.30 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua anggota polis maut ketika kejar mat rempit