X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Dua anggota polis maut ketika kejar mat rempit

A
A

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Tindakan berani anggota polis mengejar mat rempit bertukar tragedi apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan motosikal seorang lagi anggota di Lebuhraya Kajang SILK (SILK) arah Kajang menghala Putrajaya di sini awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sewaktu kejadian jam 1.30 pagi itu, kedua-dua anggota tersebut sedang bertugas dalam Operasi Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BPSTD) Kajang.

“Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha 115Z yang ditunggang Sarjan Mohd Arifah Md Yasin bertembung dengan motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggang Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi di KM 24.4 Lebuhraya SILK.

“Kedua-dua anggota yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala tersebut maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, Sarjan Mohd Arifah,36, merupakan anggota trafik manakala Konstabel Mohd Muradzi, 26, pula adalah anggota Cawangan Jenayah (D4) yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Sementara itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan semua kenderaan yang terlibat dibawa ke Balai Trafik IPD Kajang untuk membantu siasatan.

Sehubungan itu, menurut Mohd Zaid, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!