‘Sesuatu’ bakal berlaku di Anfield

kloop
kloop
A
A
A

PENGENDALI Liverpool Jurgen Klopp memberikan bayangan ‘sesuatu’ bakal berlaku di Anfield sebelum jendela perpindahan musim panas berakhir atau lebih tepat, menjelang akhir Ogos ini.

Menurut Klopp, secara keseluruhannya ‘sesuatu’ itu berkait rapat dengan perpindahan beberapa pemain baharu bagi menyertai skuad The Reds itu.

“Sebenarnya, kita memang merancang untuk membawa masuk beberapa pemain lagi ke Anfield sebelum musim perpindahan musim panas ini berakhir.

“Ya, walaupun saya gembira dengan pemain-pemain sedia ada, namun kami tetap juga mengambil peluang untuk meninjau pemain-pemain lain yang berada di ‘pasaran’ ketika ini.

“Bagaimanapun selagi belum ada sebarang pengumuman rasmi saya tegaskan bahawa saya gembira dengan pemain-pemain sedia ada,” katanya.

Untuk rekod, skuad Liverpool hanya telah menandatangani pemain pertahanan dari RB Leipzig, Ibrahima Konate bagi mengharungi musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), kelak.

Untuk rekod beberapa pemain juga telah dikaitkan bakal ke Anfield antaranya melibatkan pemain Atletico Madrid, Saul Niguez, Federico Chiesa (Juventus), Renato Sanches (Lille), Jarrod Bowen (West Ham United), Floran Neuhaus (Borussia Moenchengladbach), Yves Gissouma (Brighton), Harvey Barnes (Leicester), Pedro Neto (Wolverhampton Wanderers), Jonathan David (Lille) dan Ismaila Sarr (Watford).

Sementara itu Klopp berkata, beberapa pemain juga ada menghubungnya bagi menyatakan hasrat menyertai Liverpool musim ini.

Artikel Berkaitan:

Namun Klopp menegaskan, dia tidak dapat memberikan komen lanjut berhubung perkara berkenaan buat masa ini.

“Saya tak boleh dedahkan mengenai perkara ini. Apa pun, Liverpool adalah skuad yang besar dan memungkinkan ‘sesuatu’ untuk berlau nanti.

“Sehingga itu, saya tidak boleh memberikan komen lanjut sehinggalah ke ‘detik’ berkenaan nanti,” katanya.