IKIM nafi Ahmad Sarji meninggal dunia

Tun Ahmad Sarji
Tun Ahmad Sarji
A
A
A

SHAH ALAM - Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menafikan laporan kematian pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang tular di media sosial.

Sumber dari IKIM ketika dihubungi pada Isnin memaklumkan bahawa maklumat disebarkan mengenai Ahmad Sarji itu adalah palsu.

Sebaliknya, dia berkata, informasi yang diperoleh daripada keluarga Ahmad Sarji memaklumkan bekas Ketua Setiausaha Negara itu yang kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih.

Pada Sabtu, media melaporkan Ahmad Sarji telah dimasukkan ke ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras akibat komplikasi Covid-19.

Ahmad Sarji menjadi Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 ketika pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga merupakan pengasas IKIM dan dilantik menjadi pengerusi yang pertama pada 1992.

Artikel Berkaitan: