Sumbangan PPE di lokap, kes kematian Covid-19

Ahmad Shukri (kiri) menerima sumbangan PPE dan bakul makanan prihatin daripada Dzowahir di IPD Kota Setar.
Ahmad Shukri (kiri) menerima sumbangan PPE dan bakul makanan prihatin daripada Dzowahir di IPD Kota Setar.
A
A
A

ALOR SETAR - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima 200 peralatan perlindungan diri (PPE) sumbangan Bersatu Bahagian Alor Setar bagi pengurusan di lokap dan kes kecemasan melibatkan Covid-19 di daerah ini.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Bersatu Bahagian Alor Setar, Dzowahir Abd Ghani kepada Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir di pekarangan IPD Kota Setar pada Ahad.

Menurut Ahmad Shukri, PPE menjadi satu keperluan harian kepada anggota polis terutama bagi menguruskan orang kena tahan (OKT) yang positif Covid-19 di lokap.

"Sumbangan PPE memang sangat diperlukan untuk menjaga diri ketika bertugas pada musim pandemik ini.

"Selain menguruskan OKT, peralatan ini perlu jika melibatkan kes kematian. Anggota polis akan memakai PPE untuk menjaga diri.

"Mayat di tempat kejadian diuruskan sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan susulan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya kepada Sinar Harian selepas menerima sumbangan PPE daripada Dzowahir.

Sementara itu, Dzowahir berkata, sumbangan tersebut merupakan usaha pihaknya untuk membantu barisan hadapan yang melaksanakan tanggungjawab ketika negara berdepan ancaman Covid-19.

Menurutnya, selain sumbangan PPE, pihaknya juga menyerahkan sebanyak 100 bakul makanan prihatin kepada IPD Kota Setar untuk diagihkan kepada anggota polis berpangkat rendah.

Artikel Berkaitan:

"Sumbangan PPE ini bertujuan membantu anggota polis daripada dijangkiti pandemik kerana setiap hari mereka bertugas berdepan dengan ancaman Covid-19. Ini adalah keperluan harian yang sangat diperlukan oleh polis.

"Sumbangan bakul makanan prihatin pula adalah untuk membantu anggota polis pangkat rendah selain menghargai sumbangan mereka kepada masyarakat," katanya lagi.