'Saya boleh berlumba'

Shah Firdaus dikejarkan ke hospital selepas menamatkan saingan repechage acara keirin di Velodrom Izu, pada Sabtu.
Shah Firdaus dikejarkan ke hospital selepas menamatkan saingan repechage acara keirin di Velodrom Izu, pada Sabtu.
A
A
A

PELUMBA basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom membawa khabar gembira apabila mengesahkan akan turun beraksi dalam saingan suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020, pada Ahad.

Dalam akaun Insta Story miliknya pada Sabtu, Shah Firdaus memberitahu, dia berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami kecederaan ringan.

"Alhamdulillah saya dalam keadaan baik. Terima kasih atas sokongan dan keperihatinan anda. Keputusan x-ray dan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) menunjukkan saya okay dan saya boleh menyertai perlumbaan esok.

"Kepada semua penyokong saya, tolong jangan menghukum mana-mana pelumba. Kemalangan terjadi di trek perlumbaan terutama dalam acara keirin.

"Namun, tiada siapa yang mahu menyebabkan kemalangan dengan sengaja, ia sebahagian daripada perlumbaan dan setiap orang mahu menang. Doakan untuk saya pulih dan saya akan cuba buat yang terbaik esok," katanya.

Dalam aksi pusingan pertama di Velodrom Izu pada Sabtu, Shah Firdaus bertembung dengan pelumba Great Britain, Jack Carlin sehingga menyebabkan dia terjatuh dan gagal menamatkan perlumbaan tersebut.

Ekoran insiden itu, Carlin menjadi mangsa kecaman netizen Malaysia di media sosial selepas dia didakwa menjadi punca Shah Firdaus terjatuh sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital selepas perlumbaan.

Artikel Berkaitan: