Saya hanya bergurau dengan wartawan: MB Kedah

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

SINTOK - Isu Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan ‘kontena jenazah’ yang tular di media sosial sejak petang Jumaat sebenarnya hanyalah gurauannya bersama wartawan ketika sidang akhbar di Sungai Petani.

Menjelaskan perkara tersebut, Muhammad Sanusi berkata, gurauan itu hanya dituju kepada rakan-rakan wartawan namun tidak menyangka perkara tersebut tular dan menyinggung perasaan banyak pihak.

Menurunya, beliau memohon maaf kepada semua pihak terutamanya kepada penduduk di negeri ini.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf atas gurauan kita semalam sehingga tular. Saya memang suka bergurau tetapi mungkin gurauan semalam agak kasar jadi saya minta maaf.

“Saya hendak memaklumkan bahawa saya bergurau dengan wartawan tetapi gurauan itu dianggap seperti mahu bergurau dengan semua orang. Jadi, kerana ada pihak yang tersinggung, terasa hati maka saya ambil kesempatan untuk mohon maaf,” katanya pada sidang akhbar pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach Universiti Utara Malaysia (UUM) dekat sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, rakan-rakan wartawan sudah dianggap sebagai ahli keluarganya sepanjang menceburi bidang politik.

Katanya, disebabkan kenyataan berkenaan, beliau banyak menerima mesej celaan daripada pelbagai pihak termasuk di media sosial namun menganggap perkara tersebut sebahagian daripada kerjayanya.

Pada Jumaat, tular video Muhammad Sanusi berdurasi lapan saat memaklumkan 'kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk bagi nama' sehingga menyaksikan banyak pihak tidak selesa dengan kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: