Jepchirchir tewaskan pemegang rekod dunia

Jepchirchir merangkul emas acara maraton wanita.
Jepchirchir merangkul emas acara maraton wanita.
A
A
A

PELARI Kenya, Peres Jepchirchir merangkul emas acara maraton wanita sekali gus menjadi emas pertama buatnya dalam temasya Olimpik.

Jepchirchir menampilkan konsitensi dalam lariannya untuk mengatasi rakan senegaranya yang juga pemegang rekod dunia, Brigid Kosgei yang menamatkan saingan di kedudukan kedua.

Jepchirchir menyudahkan larian dalam tempoh dua jam 27 minit dan 20 saat yang menjadi rekod peribadi terbaiknya dalam perlumbaan yang dilabel sebagai amat mencabar ekoran cuaca panas di Sapporo Odori Park.

Juara dunia dua kali separuh maraton itu berada 16 saat di hadapan Kosgei dengan atlet Amerika Syarikat, Molly Seidel meraih gangsa dalam acara tersebut.

"Ia perasaan yang sangat bagus. Saya gembira kerana tempat pertama dan kedua milik Kenya. Saya bersyukur kepada tuhan, saya gembira untuk keluarga saya dan untuk Kenya.

"Saya cuba untuk mempercepatkan langkah saya dan apabila saya melakukannya, saya meninggalkan ramai pelari. Daripada situ saya dapat rasakan saya mampu memenangi perlumbaan ini," katanya.

Penganjur Olimpik memulakan saingan itu sejam lebih awal iaitu pada jam enam pagi ekoran kebimbangan mengenai cuaca panas di Sapporo.

"Ia sangat panas dan tidak mudah. Saya sangat bersyukur kerana dapat mengatasi cuaca panas tersebut dengan baik.

Artikel Berkaitan:

"Saya dan Kosgei cuba untuk melakukan yang terbaik dalam situasi cuaca tersebut dan akhirnya kami berjaya untuk menang kedudukan satu-dua," kata Jepchirchir.