Polis cari lelaki warga India bantu siasatan kes bunuh

Lelaki warganegara India ini dicari membantu siasatan kes bunuh seorang wanita ditemui mati di belakang deretan kedai di Jalan Damai, Taman Sri Muda pada 26 Julai lalu.
Lelaki warganegara India ini dicari membantu siasatan kes bunuh seorang wanita ditemui mati di belakang deretan kedai di Jalan Damai, Taman Sri Muda pada 26 Julai lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mencari seorang lelaki warganegara India bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang ditemui mati di belakang deretan kedai di Jalan Damai, Taman Sri Muda di sini pada 26 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek dikenalpasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

"Lelaki berkenaan dipercayai boleh membantu dalam siasatan kes ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Baharudin, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek diminta untuk berhubung terus dengan pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Hamizi Abu Bakar di talian 012 3920076 atau mana-mana balai terdekat.

Artikel Berkaitan: