UMNO Perlis sokong keputusan MKT

Azlan Man
Azlan Man
A
A
A

KANGAR - UMNO Perlis menyokong penuh keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung penarikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusinya, Datuk Seri Azlan Man berkata, keputusan itu adalah selaras dengan mandat yang diberikan Perhimpunan Agung UMNO pada Mac lalu.

Beliau berkata, keputusan itu juga selari dengan asas dan tujuan penubuhan UMNO sebagaimana digariskan dalam Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO untuk mendukung asas-asas Perlembagaan Persekutuan selagi ia membela kepentingan Raja-raja Melayu.

“Saya percaya keputusan parti itu adalah demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Ia juga merupakan salah satu inti pati utama yang terkandung dalam perlembagaan UMNO. Kepada ALLAH SWT kita berserah,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO

Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi

Pada Selasa, MKT UMNO sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Artikel Berkaitan: