Batyrgaziev dari ROC raih emas acara tinju featherweight

Batyrgaziev. - Foto Reuters
Batyrgaziev. - Foto Reuters
A
A
A

JAWATANKUASA Olimpik Rusia (ROC) meraih emas pertama acara tinju menerusi Albert Batyrgaziev yang menumpaskan Duke Ragan dari Amerika Syarikat dalam perlawanan peringkat akhir featherweight di Olimpik Tokyo pada Khamis.

Batyrgaziev, peninju pilihan kedua menang pertarungan itu dengan keputusan 3-2, lapor Agensi Berita Xinhua.

Bermula dengan yakin, Batyrgaziev terus mengasak lawannya dalam pusingan pertama, sekali gus memperoleh skor 10-9 dengan keputusan empat daripada lima juri berpihak kepadanya.

Pada pertarungan kedua, atlet Rusia itu terus menguasai perlawanan dengan mengalahkan lawan (10-9).

Ragan terlepas peluang meraih emas apabila keputusan juri memihak kepada peninju Rusia di pusingan akhir.

Sementara itu peninju Ghana, Samuel Takyi dan Lazaro Alvarez, dari Cuba berkongsi pingat gangsa. - Bernama

Artikel Berkaitan: