Kelonggaran aktiviti sukan, rekreasi hanya untuk PPN Fasa 3

Hanya kawasan yang terlibat Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan melakukan aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak melibatkan sentuhan fizikal.
Hanya kawasan yang terlibat Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan melakukan aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak melibatkan sentuhan fizikal.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kelonggaran bagi semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak melibatkan sentuhan fizikal hanya diberikan kepada kawasan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), jelas Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Justeru menurut KBS, hebahan infografik yang mendakwa semua aktiviti sukan individu dibenarkan seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar.

Setakat ini, hanya Perlis, Sarawak dan Labuan telah memasuki Fasa 3 PPN.

“KBS memandang serius tentang penularan infografik palsu dan mengelirukan orang awam ini.

“Sila rujuk infografik tepat yang hanya dikeluarkan KBS atau layari http://www.kbs.gov.my/sopsukanrekreasi selain terus ke laman rasmi Majlis Keselamatan Negara www.mkn.gov.my,” menurut kenyataan dikeluarkan di Facebook KBS pada Khamis.

Di media sosial tular hebahan infografik yang mengelirukan orang ramai berhubung prosedur operasi standard (SOP) am sektor sukan dan rekreasi yang hanya dibenarkan bagi Fasa 3 PPN.

Ia membabitkan aktiviti sukan dan rekreasi seperti joging, senaman, badminton, tenis, golf, permotoran, mendaki, renang, ski jet, taichi, berbasikal, skateboarding (papan selaju), ekuestrian, tenpin boling, memanah dan gimnasium dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter bermula 6 pagi hingga 12 tengah malam. - Bernama

Artikel Berkaitan: