TTS fokus rancang pengurusan umrah lebih berkesan

Umrah Mini Konvensyen 'Perspektif & Hala tuju' anjuran TTS memberi pendedahan dalam merancang pengurusan umrah lebih berkesan
Umrah Mini Konvensyen 'Perspektif & Hala tuju' anjuran TTS memberi pendedahan dalam merancang pengurusan umrah lebih berkesan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Meskipun masih baru dalam menerajui industri perkhidmatan menawarkan pakej pengurusan haji dan umrah ia tidak menjadi halangan untuk Tradewinds Travel Services (TTS) terus komited dalam menawarkan khidmat pengurusan yang lebih berkesan dengan mengambil inisiatif menganjurkan Umrah Mini Konvensyen hari ini.

Bertemakan 'Perspektif & Hala tuju' mini konvensyen itu menampilkan penglibatan individu yang juga merupakan penggiat industri iaitu selaku wakil syarikat yang menjadi perantara untuk jemaah mengerjakan umrah.

Mohd Khairy
Mohd Khairy

Pengurus Besar TTS, Mohd Khairy Abdul Rahim berkata, mini konvensyen berkenaan merupakan anjuran buat julung kalinya dengan pendekatan dua hala melibatkan jemaah umrah dan pengendali umrah.

Menurutnya, penganjuran itu dilihat satu pendekatan yang penting apabila menyedari bahawa industri perkhidmatan pengurusan ibadah umrah kini yang semakin berkembang dan jemaah berdepan pelbagai risiko wujudnya kes-kes penipuan dan sebagainya.

"Pokok pangkalnya adalah pengurusan, sebab itu kita ambil pendekatan kedua-dua pihak. Walaupun berpengalaman yang singkat sebagai Muassasah selama tiga tahun, tapi kita belajar dari pengalaman.

Sesi soal jawab pada mini konvensyen berkenaan
Sesi soal jawab pada mini konvensyen berkenaan

"Walaupun industri ini sudah lama, lebih 30 tahun, tapi masih ada lagi beberapa perkara yang sukar untuk diatasi, biarpun akur ada elemen-elemen yang di luar jangkaan, kita perlu laksanakan perancangan yang sewajarnya," katanya ditemui selepas mini konvensyen berkenaan, Hotel Istana, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, maklumat yang tepat perlu diberi dengan menguruskan jangkaan jemaah serta perlu memahami konsep industri merangkumi semua aspek termasuk pengisian, ibadah dan juga konsep mengetuai kumpulan.

Program yang bermula jam 8.30 pagi itu melibatkan pelbagai pengisian termasuk pembentangan berhubung pengurusan umrah secara profesional dari aspek Mutawif, selain turut dikongsikan pakej umrah dan haji TTS dengan lebih mendalam.

Antara peserta terlibat dengan Umrah Mini Konvensyen anjuran TTS
Antara peserta terlibat dengan Umrah Mini Konvensyen anjuran TTS

Menariknya, turut menjadi pengisian adalah perjalanan umrah - Surah dan Sirah menyingkap rahsia Al-Quran dibentangkan oleh Pengurus Latihan dan Pembangunan Akademi Sinergy Ikhlas, juga selaku Jurulatih Rumah Ngaji, Mohd Harfiz Hamzah.

Mengulas lanjut, Mohd Khairy berkata, perjalanan umrah - Surah dan Sirah menyingkap rahsia al-Quran, merupakan produk dalam pakej pengurusan umrah yang ditawarkan TTS membawa pengisian berbeza iaitu berteraskan modul interaksi dengan al-Quran dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

"Maklum balas yang diterima amat positif. Saya tak jumpa lagi yang menawarkan pengisian begini jadi ia mungkin menjadi satu kelebihan kepada TTS.

"Jemaah merasakan perjalanan umrah mereka lebih lengkap kerana kita sentiasa berbalik kepada al-Quran," katanya.