Debat platform calon tunjuk misi, visi untuk rakyat

Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani - Foto Rosli Talib
Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani - Foto Rosli Talib
A
A
A

SHAH ALAM - Debat di antara calon bagi sesebuah pilihan raya penting kerana ia platform bagi rakyat menilai visi dan misi setiap calon yang dibawa untuk kepentingan rakyat.

Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, debat perlu dijadikan budaya.

“Dengan adanya debat, calon boleh suarakan pandangan dan manisfento masing-masing agar rakyat boleh memilih pemimpin yang boleh mewakili mereka di DUN.

“Di Semenyih ini sama ada skop besar atau kecil, debat perlu ada untuk menilai calon.

“Cuma zaman sekarang, debat bukan budaya lagi, ia masih ke arah itu, “ katanya ketika menjadi panel pada Wacana Sinar Harian Ke-91 ‘Semenyih Pasca PRK: Janji Untuk Rakyat’ di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: