Murid sekolah kritikal dirempuh van

No Image Caption
A
A
A

TAWAU - Seorang murid lelaki sebuah sekolah rendah di sini berada dalam kritikal akibat cedera parah selepas dirempuh sebuah van di Kilometer 8, Jalan Apas, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, Mohamad Firdaus, 12, pelajar Sekolah Kebangsaan Jalan Apas mengalami pendarahan dalam kepala, perut serta paru-paru akibat kejadian pada jam 3.20 petang itu.

“Kejadian berlaku ketika van dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun dari arah Bandar Sri Indah menghala ke Megah Jaya Industri, Jalan Tiku, tiba ditempat kejadian dan melihat lima murid sekolah, termasuk Mohamad Firdaus hendak melintas jalan semasa di tempat kejaian.

“Namun Mohamd Firdaus tiba-tiba berpatah semula ke pembahagi jalan (sebelah kanan) dan pemandu tidak dapat mengelak lalu melanggarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya Mohamad Firdaus masih dirawat di Hospital Tawau dan polis sedang meneruskan siasatan dengan merakam percakapan saksi-saksi. - Bernama

Artikel Berkaitan: