MetMalaysia nafi amaran tsunami di perairan Sabah

MetMalaysia) menafikan amaran tsunami yang boleh berlaku di Malaysia khususnya perairan Sabah. -Gambar hiasan
MetMalaysia) menafikan amaran tsunami yang boleh berlaku di Malaysia khususnya perairan Sabah. -Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan amaran tsunami yang boleh berlaku di Malaysia khususnya perairan Sabah.

MetMalaysia telah menerima maklumat berkaitan dengan penularan mesej mengenai kejadian tsunami itu berdasarkan kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 pada skala Richter yang berlaku di semenanjung Alaska pada 29 Julai 2021 pukul 2.15 petang.

"MetMalaysia menafikan kejadian itu berlaku di Sabah. Mesej tular amaran tsunami ini dipapar dalam laman sesawang dan disebarkan oleh agensi luar negara.

"MetMalaysia membuktikan bahawa kejadian tersebut tidak berlaku kerana insiden gempa bumi di Alaska berlaku melebihi 12 jam lepas dan tiada ombak tsunami dikesan oleh peralatan pemantauan ombak tsunami sehingga kini," menurut jabatan itu dalam kenyataan pada Jumaat.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat atau video berkenaan kejadian gempa bumi dan menyarankan rakyat untuk mendapatkan info di www.met.gov.my, aplikasi MyCuaca, laman media sosial rasmi MetMalaysia serta hotline di 1300-22-1638.

Artikel Berkaitan: