X

Kindly register in order to view this article
!

GPS harap kemelut politik negara segera berakhir

Alexander Nanta Linggi
A
A

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendukung penuh sistem raja berperlembagaan dan berharap kemelut politik yang melanda negara ketika ini akan segera berakhir serta Malaysia bebas daripada pandemik Covid-19.

Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, dalam keadaan negara berdepan krisis pandemik ketika ini, kestabilan politik amat diperlukan.

“Kita perlu fokus ke arah menjayakan Pelan Pemulihan Negara demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat serta pemulihan ekonomi,” menurutnya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.

Pada Khamis, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, walhal perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Al-Sultan Abdullah menegaskan, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 26 Julai lepas tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!