Isteri dakwa Aliff Aziz curang lagi

BELLA ASTILLAH
BELLA ASTILLAH
A
A
A

ISTERI kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astillah meluahkan rasa kesal dan mendakwa suaminya curang buat kali kedua.

Dedah Bella menerusi akaun Instagram miliknya, tingkah laku Aliff berubah tatkala dia berlakon bersama Oktovia Manrose, baru-baru ini.

Menerusi entri terbaru itu, Bella turut berkongsi paparan skrin perbualan di ruangan Direct Message Instagram dengan seorang individu yang telah memberikan bukti video.

Individu terbabit turut mendakwa Aliff dan Oktovia berada di sebuah kelab malam yang terletak di Changkat, Bukit Bintang.

"Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya.

"Tapi apa yang kami lalui, kamu tak kan boleh bayangkan. Selepas Aliff habis penggambaran telefilem baru-baru ni dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dengan dia dalam projek tersebut.

"Dua hari sebelum habis penggambaran, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone dan bila saya paksa buka phone, dia buka tapi dia pandai, dia dah delete WhatsApp dia dengan heroin itu.

"Saya cakap dengan dia 'I’m not a kid kalau tak ada apa apa kenapa perlu delete?'. Jadi saya nakkan kepastian saya call heroin tersebut jawapan dia kepada saya 'Ya ALLAH, Bella takde apa apa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia Via nak cakap dengan dia BACK TO ALLAH'.

Artikel Berkaitan:

"Rupanya orang yang nasihat dan comfort saya ni orang yang sama-sama pergi club dengan Aliff, menari-menari peluk dan mabuk sama-sama.

"Saya bila solat saya minta ALLAH beri petunjuk tentang rumah tangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. Sangat cepat. Saya terkejut.

"Terima kasih kepada insan yang DM saya kalau tak, saya ini takkan tahu apa-apa hanya dgn Ayden je kat rumah.

"Ingat, hiburan dunia ni hanya sementara," tulisnya.

Tidak berakhir setakat itu sahaja, Bella juga turut meninggalkan pesan buat suaminya itu.

"Kepada Aliff; kalau awak rasa bahagia dengan kehidupan begitu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama-sama, yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan," tambahnya.

Sebelum ini, Aliff pernah terkait dengan kontroversi bersama aktres Afifah Nasir pada Julai 2017.

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean yang kini berusia hampir dua tahun.