Warga emas seks luar tabii dengan kambing direman tujuh hari

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Khamis berhubung kes seekor kambing betina yang dijadikan tempat melampias nafsu di Hulu Selangor, Selasa lalu.
Seorang lelaki berusia 60 tahun direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Khamis berhubung kes seekor kambing betina yang dijadikan tempat melampias nafsu di Hulu Selangor, Selasa lalu.
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Seorang lelaki berusia 60 tahun direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, berhubung kes seekor kambing betina yang dijadikan tempat melampias nafsu di Hulu Selangor, Selasa lalu.

Penolong Pendaftar Mahkamah, Mohamad Azrul Muhd Sobri mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak polis untuk menahan suspek sehingga 4 Ogos depan.

Suspek yang hadir dengan memakai baju T berkolar warna hijau muda, tiba di mahkamah jam 9.20 pagi dengan diiringi pasukan polis dari Balai Polis Sentosa.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga haiwan itu mati dalam kejadian di Kampung Sungai Buaya, Serendah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 45 tahun pada jam 6.24 petang.

Katanya, suspek akan direman pada Khamis di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditahan laku seks luar tabii dengan kambing

Artikel Berkaitan: