[VIDEO] Bandar raya China dilanda ribut pasir

BEIJING - Satu rakaman video menunjukkan bandar raya Dunhuang, China hilang di balik kepulan debu setinggi lebih 91 meter yang datang dari arah Gurun Gobi pada Ahad.
Rakaman itu dilakukan seorang penduduk yang berkongsi video berkenaan menerusi Twitter.
Dalam rakaman tersebut, bandar raya berkenaan hilang ketika ribut debu itu bergerak perlahan-lahan ke arah Dunhuang.
Polis terpaksa menutup jalan-jalan utama dan meminta pengguna-pengguna jalan raya ke kawasan perkhidmatan selepas jarak penglihatan terbatas kurang enam meter.
Akhbar South China Morning Post melaporkan, ribut itu melanda pada kira-kira jam 3 petang waktu tempatan.
Dunhuang dikenali mempunyai cuaca yang berdebu.
Pada Jun lalu, penduduk di bandar raya Hotan di barat China pernah mengalami masalah seperti itu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Lepas daripada sindiket tapi terkandas di negara asing
06 November 2026 12:42pmKekalahan Republikan: Pasaran saham, pelaburan AI berdepan ketidaktentuan
06 November 2026 12:12pmCef dipecat gara-gara enggan letak nanas atas piza
06 November 2026 09:50amLelaki penggal kepala isteri akibat perselisihan rumah tangga
06 November 2026 08:29amWarga emas berkerusi roda maut didera, dipukul dengan getah paip
05 November 2026 06:09pmPas tidak perlu bimbang, UMNO sudah bersama PH - Zaid
05 November 2026 07:52pm‘Keluarga tidak dimaklumkan’- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta Najib
06 November 2026 10:34am'Kami akan tamatkan perang Iran' - Ketua Demokrat Senat AS
05 November 2026 07:01pm- Iklan -- Iklan -
