X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa buntu bayi hidap jantung berlubang

Azhar mendukung anaknya yang menghidap sakit jantung berlubang manakala isterinya pula mengalami serangan panik.
A
A

MELAKA - Seorang penjual ayam madu buntu kerana tidak dapat bekerja apabila terpaksa memberi sepenuh perhatian kepada bayi perempuannya berusia 56 hari yang disahkan menghidap jantung berlubang.

Lebih menyedihkan, isterinya Sharifah Noraini Yusof, 39, mengalami serangan panik dan meroyan sejak sebulan lalu selepas menerima khabar anak sulung mereka sakit kronik.

Azhar sedih apabila bayi sulungnya disahkan sakit jantung berlubang.
Azhar sedih apabila bayi sulungnya disahkan sakit jantung berlubang.

Azhar Seman, 30, berkata, sebelum ini dia berniaga di pasar malam namun sejak isterinya bersalin dia hilang punca pendapatan kerana tidak dapat berniaga dan dalam tempoh itu hanya bergantung kepada wang simpanan untuk menyara keluarga.

Menurutnya, anak sulung mereka memerlukan rawatan di Hospital Serdang namun dia tidak mampu untuk membawa anaknya ke hospital berkenaan pada 4 Ogos depan.

"Saya buntu dan sedih kerana tidak dapat memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak lebih-lebih dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekarang wang simpanan juga habis.

"Saya terpaksa menjaga kedua-dua mereka. Isteri turut dirujuk ke bahagian psikiatri serta mengambil ubat bagi menenangkan keadaannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pasir Puteh, Bachang.

Azhar berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dua insan tersayangnya itu dan mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian di nombor akaun 154062601184 (Maybank).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!