Lelaki rogol anak saudara ditahan

Suspek utama iaitu lelaki berkenaan dipercayai merogol mangsa berulang kali bermula dari Oktober 2018 dan kali terakhir pada bulan ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Sukri)
Suspek utama iaitu lelaki berkenaan dipercayai merogol mangsa berulang kali bermula dari Oktober 2018 dan kali terakhir pada bulan ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Sukri)
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang pembekal sate ditahan selepas dipercayai bersubahat menyuruh anak saudaranya melakukan hubungan seks dengan suaminya sendiri di sebuah rumah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kejadian berlaku sejak mangsa berusia 15 tahun.

"Sepanjang tempoh itu suspek utama iaitu lelaki berkenaan dipercayai merogol mangsa berulang kali bermula dari Oktober 2018 dan kali terakhir pada bulan ini.

"Kejadian dalam pengetahuan ibu saudara mangsa namun tidak mempedulikannya sehingga mangsa membuat laporan polis pada 18 Julai lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Melaka menahan ibu saudara yang berusia 37 tahun itu pada hari sama mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru.

Menurutnya, suspek wanita tersebut disiasat di bawah Seksyen 15 (f) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 manakala lelaki berusia 39 tahun yang turut mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah itu ditahan pada Khamis dan direman sehingga 29 Julai ini.

"Kes terhadap suspek lelaki disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak, 2017," katanya.

Mangsa yang kini berusia 18 tahun tinggal bersama kedua-dua suspek sejak berusia 10 tahun iaitu selepas tidak lagi mempunyai ibu bapa.

Artikel Berkaitan: