Royale Chulan KL tawar khidmat rawatan, pusat kuarantin Covid-19

Perkhidmatan yang disediakan Royale Chulan Kuala Lumpur.
Perkhidmatan yang disediakan Royale Chulan Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan hotel jenama tempatan, Royale Chulan Hotels & Resorts bekerjasama dengan Megaklinik Zahran bagi menawarkan khidmat rawatan dan pusat kuarantin untuk pesakit Covid-19 berisiko rendah di Kuala Lumpur.

Pengurus Besar Royale Chulan Kuala Lumpur, Badrul Rezal Baharudin berkata, kerjasama itu diwujudkan selepas melihat pesakit Covid-19 sukar mencari ruang sesuai di dalam rumah bagi mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang lain.

Selain itu, katanya, ia bagi mengurangkan kegusaran pesakit bagi mengharungi detik-detik berdepan dengan virus Covid-19.

"Sejumlah 230 kamar lima bintang menawarkan ruang kepada pesakit bagi menjalankan kuarantin dengan lebih selesa. Lebih penting, terdapat pasukan perubatan terlatih untuk memantau tahap kesihatan mereka pada setiap masa.

"Pakej yang disediakan ini termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam serta pemeriksaan kesihatan harian sebanyak tiga kali sehari," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Badrul Rezal, pakej berharga RM250 satu malam itu turut menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma kepada pelanggan, selain diskaun sebanyak 20 peratus akan diberi untuk makanan dan minuman yang dihidangkan di bilik pesakit.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi Royale Chulan Kuala Lumpur di talian 03-26889688.

Artikel Berkaitan: