X

Kindly register in order to view this article
!

The Rhinos buru tiga mata di Petaling Jaya

Pemain-pemain Sabah FC ketika menjalani latihan sebagai persediaan menjelang pertemuan menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam esok. - Foto Sabah Football Club
A
A

PENGENDALI Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto yakin The Rhinos mampu memperoleh kemenangan sekaligus membawa pulang tiga mata dalam aksi Liga Super menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam esok.

Menurut Kurniawan, keyakinan itu hadir apabila semua pemain Sabah kini berada dalam tahap kecergasan 100 peratus untuk merealisasikan misi kemenangan.

Katanya, tempoh rehat panjang hampir dua bulan dimanfaatkan sepenuhnya The Rhinos dengan latihan dan perlawanan persahabatan untuk mencapai sasaran kemenangan bagi memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.

“Saya melihat semua pemain sangat bersemangat dan dahagakan kemenangan dan mengharapkan semua yang dirancang mampu dilakukan sebaik mungkin oleh pemain dalam perlawanan.

“Kita sudah bersiap sedia mencipta kemenangan esok. Ini janji kita kepada pihak pengurusan Sabah FC. Lagi pun kita sudah mempunyai tempoh rehat yang secukupnya dengan mengadakan beberapa siri perlawanan untuk menguji tahap keserasian pemain,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Untuk rekod, Sabah FC tewas 0 - 1 kepada PJ City FC di Stadium Likas dalam pusingan pertama 13 Mac lalu dan kekalahan tipis itu menjadi pengajaran berguna buat anak-anak buah Kurniawan untuk tidak mengulangi kesilapan sama.

LIGA SUPER

SABTU

Kedah Darul Aman lwn Penang FC

(Std Darul Aman, 9 mlm)

Terengganu FC lwn Perak FC

(Std Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 mlm)

PJ City FC lwn Sabah

(Std Petaling Jaya, 9 mlm)

KL City FC lwn Selangor FC

(Std Bola Sepak Kuala Lumpur, 9 mlm)

AHAD

Sri Pahang lwn Melaka United

(Std Darul Makmur, 9 mlm)

Johor Darul Ta'zim lwn UiTM FC

(Std Sultan Ibrahim, 9 mlm)

*Hari, venue, masa tertakluk pindaan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!