Kebocoran gas, ambulans dihenti beroperasi serta-merta

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Ambulans yang membawa petugas Klinik Kesihatan (KK) Bukit Pelanduk yang dipercayai mengalami kebocoran gas pada Khamis akan dihantar ke Jabatan Kerja Raya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datin Dr Harlina Abdul Rashid, kenderaan itu juga tidak dibenarkan beroperasi serta-merta.

"Pasukan Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) telah menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan berlaku kebocoran gas dalam ambulans berkenaan.

“Bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kecemasan klinik terbabit, perkhidmatan itu akan diberikan oleh klinik kesihatan berhampiran dan juga Hospital Port Dickson,” katanya dalam kenyataan pada malam Khamis.

Mengulas lanjut beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.10 pagi pada Khamis, tiga petugas kesihatan iaitu seorang pegawai perubatan dan dua penolong pegawai perubatan menghantar seorang pesakit ke Hospital Port Dickson kerana mengadu sakit dada.

"Pesakit berkenaan disyaki mendapat serangan jantung dan berada dalam keadaan kritikal ketika kejadian kira-kira jam 8.30 pagi.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di Hospital Port Dickson, ketiga-tiga petugas berkenaan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, bantuan dan rawatan segera telah diberikan kepada semua mangsa," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ketika ini semua petugas kesihatan yang terbabit berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Port Dickson.

Artikel Berkaitan:

“Pesakit yang dihantar meninggal dunia dan pihak jabatan sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang petugas kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Pelandok di sini meninggal dunia manakala tiga lagi pengsan di dalam ambulans yang tiba di Hospital Port Dickson dekat sini, pagi Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang petugas kesihatan maut, tiga pengsan dalam ambulans

Kebocoran gas dalam ambulans punca petugas kesihatan maut, pengsan