49 individu solat sunat Aidiladha direman

Seramai 48 lelaki warga Bangladesh dan seorang warga tempatan direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan langgar SOP.
Seramai 48 lelaki warga Bangladesh dan seorang warga tempatan direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan langgar SOP.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seramai 48 lelaki warga Bangladesh dan seorang warga tempatan direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, Juru pada Rabu.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Hasliza Razak selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan kesemua suspek bagi siasatan lanjut.

Hasliza membenarkan kesemua 48 warga asing yang berumur antara 20 dan 43 tahun itu direman empat hari manakala seorang warga tempatan berusia 64 tahun direman tiga hari, bermula Rabu.

Semalam, seramai 48 lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selepas mengadakan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, di sini.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Mabkamah Bukit Mertajam bagi mendapatkan perintah reman.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Mabkamah Bukit Mertajam bagi mendapatkan perintah reman.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, tangkapan dibuat di sekitar Juru pada petang Selasa bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Mohd Suhaily sebelum ini berkata, pihaknya sedang mengesan kira-kira 200 individu yang menunaikan solat Aidiladha di kawasan lapang berdekat surau Taman Pelangi, Juru selepas video mereka tular di media sosial.

Menurutnya, mereka yang majoritinya warga asing bertindak solat di kawasan lapang tersebut selepas surau di kawasan perumahan berkenaan sudah melebihi kapasiti jemaah iaitu 100 orang seperti dibenarkan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 49 jemaah solat sunat Aidiladha ditahan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Polis Pulau Pinang memohon maaf atas kegagalan pihaknya mengesan lebih awal aktiviti solat sunat Aidiladha yang diadakan berhampiran Surau Taman Pelangi di sini, pada Selasa.

Jelasnya, aktiviti solat sunat Aidiladha yang dihadiri lebih 200 jemaah itu di luar kawalan pihak surau walaupun pihak pengurusan telah mengambil beberapa tindakan termasuk menutup pintu pagar.