X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Lelaki dikhuatiri lemas lori dipandu terjatuh ke laut

Seorang lelaki warga tempatan dikhuatiri lemas selepas lori yang dipandunya secara mengundur terjatuh ke dalam laut dari jeti pemunggahan arang batu di Jimah Power Plant, Port Dickson, awal pagi Isnin.
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun dikhuatiri lemas selepas lori yang dipandunya secara mengundur terjatuh ke dalam laut dari jeti pemunggahan arang batu di Jimah Power Plant, Port Dickson di sini pada awal pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 1.50 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dan empat lagi rakannya yang merupakan warga asing sedang melakukan kerja pembersihan arang batu di jeti pemunggahan arang batu untuk disimpan ke coal yard di jeti berkenaan.

“Ketika ini Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang bermula sejak pagi tadi dan mangsa dipercayai terjatuh di kedalaman kira-kira 25 meter dari paras laut,” katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, menurut beliau, operasi SAR berkenaan mengalami sedikit kesukaran ekoran air laut yang bergelora dan ombak besar ketika ini.

Beliau berkata, pihaknya turut dibantu beberapa agensi penyelamat lain termasuk polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!