TPM menghadap Sultan Brunei

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) bertukar cendera kenangan dengan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (kiri) ketika menghadap Sultan Brunei Darussalam itu di Istana Nurul Iman hari ini. Foto: Bernama

A
A
A

BANDAR SERI BEGAWAN - TImbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memulakan lawatan rasminya ke Brunei Darussalam dengan menghadap Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di sini, hari ini.

Wan Azizah diiringi Timbalan Menteri Luar Senator Datuk Marzuki Yahya dan Pesuruhjaya Tinggi Baharu Malaysia ke Brunei Ismail Salam.

Lawatan rasmi Wan Azizah ke Brunei merupakan lawatan pengenalan kedua beliau ke negara Asean selepas Thailand.

Ia bagi memperkukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama yang terjalin sejak 35 tahun lepas.

Pada lawatan kali ini, antara perkara yang diberi tumpuan perbincangan adalah mengenal pasti kerjasama baharu dalam aspek perdagangan dan pelaburan yang diterokai bersama.

Brunei merupakan rakan dagangan penting Malaysia dengan jumlah dagangan antara Malaysia dan Brunei pada tahun lepas sebanyak USD981.2 juta (RM3.9 bilion) dan negara ketujuh terbesar daripada rakan dagangan di rantau Asia Tenggara.- Bernama

Artikel Berkaitan: