Penunggang motosikal maut digilis

No Image Caption
A
A
A

KLANG - Seorang pemuda maut selepas digilis beberapa kenderaan di Kilometer 5.8 Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam menghala ke Klang, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie berkata, dalam kejadian jam 2.27 pagi itu, mangsa, B Shanggar, 21, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang menunggang motosikal secara sendirian dipercayai dalam perjalanan ke Klang.

"Tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai bertembung dengan kenderaan lain yang masih belum dikenal pasti menyebabkan mangsa terjatuh dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan dipercayai digilis beberapa kenderaan,” katanya.

Menurut Mohd Khairi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318,” katanya.

Artikel Berkaitan: