Video remaja cabut nombor plat 'Bossku' tular

Tular di media sosial Video berdurasi lebih satu minit itu memperlihatkan seorang remaja lelaki sedang membuang nombor pendaftaran sebuah motosikal yang dikatakan menggunakan 'Bossku'.
Tular di media sosial Video berdurasi lebih satu minit itu memperlihatkan seorang remaja lelaki sedang membuang nombor pendaftaran sebuah motosikal yang dikatakan menggunakan 'Bossku'.
A
A
A

GARA-gara menggunakan nombor pendaftaran sebuah motosikal dengan 'Bossku' seorang remaja ditahan.

Tular di media sosial Video berdurasi lebih satu minit itu memperlihatkan seorang remaja lelaki sedang membuang nombor pendaftaran sebuah motosikal yang dikatakan menggunakan 'Bossku'.

Atas kesalahan itu, dia telah ditahan pihak berkuasa dan telah diminta agar membuang nombor pendaftaran tampal buang itu dengan segera.

Remaja tersebut akur tetapi melakukannya sambil menangis. Di dalam video itu juga kedengaran suara dipercayai pegawai yang bertugas mempertikaikan mengapa dia menggunakan nombor pendaftaran itu.

"Cabut-cabut bagi habis (buang habis nombor pendaftaran itu)... Cabut-cabut... Mana ada orang bubuh (guna) plat (nombor pendaftaran) Bossku. Hang teriak (kau menangis)... Ku saman hang...

"Sat (sekejap) lagi telefon atuk (datuk) hang suh (suruh) atuk mari ambil kat sini... pandai-pandai bubuh (guna) nombor plat," katanya.

Apabila pegawai tersebut ingin menggari, remaja itu makin kuat berteriak.

Namun, tidak dipastikan kesudahan kes tersebut. Tetapi yakin dan percaya pegawai bertugas hanya bergurau dan pada masa yang sama memberi amaran kepada remaja tersebut.

Artikel Berkaitan:

Pastinya pihak berkuasa telah menjalankan tugas mereka dan peringtan kepada mereka yang di luar sana supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan nombor plat motosikal atau kenderaan yang tidak berdaftar.