X

Kindly register in order to view this article
!

GPPPKMM nafi Annuar tidak turun padang, abaikan penjaja

Annuar Musa
A
A

KUALA LUMPUR - Tuduhan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tidak turun padang dan mengabaikan penjaja khususnya di pasar pagi yang tidak dibenarkan beroperasi ketika Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah tidak benar.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Mohamed Zamri Mohammed berkata, sejak awal pandemik Covid-19, Annuar mengambil langkah mewujudkan Wilayah Bebas Berniaga (WBB) dan kini hampir 5,000 penjaja dilesenkan dan lebih 2,000 dalam proses kelulusan.

Menurutnya, langkah membenarkan penjaja berniaga di WBB dengan menjaga jarak di lokasi bersesuaian membantu mengurangkan pengumpulan orang ramai di sesuatu tempat pada satu-satu masa.

ARTIKEL BERKAITAN:Wilayah Bebas Berniaga: MPP, DBKL selaras peniaga

"Berlainan pula dengan perniagaan di pasar pagi dan pasar malam yang memungkinkan pengumpulan orang ramai yang boleh menyebabkan penularan jangkitan Covid-19.

"Seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semua sektor ekonomi hanya akan dibenarkan berniaga dalam Fasa Tiga PPN termasuk pasar pagi dan pasar malam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohamed Zamri
Mohamed Zamri

Katanya, pelbagai usaha dijalankan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) untuk mempercepatkan program imunisasi termasuk menubuhkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak di bawah Program Mobile Medik di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wilayah Persekutuan dan terbaru Rumah Prihatin di Hotel Grand Seasons.

Menurutnya, sejak Annuar menerajui KWP banyak perubahan kemajuan dan kemakmuran telah dibawa walaupun perkara itu cuba dinafikan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang di Wilayah Persekutuan.

Teresa dan Fadzil menyuarakan masalah penjaja pasar pagi yang meminta mereka dibenarkan beroperasi.
Teresa dan Fadzil menyuarakan masalah penjaja pasar pagi yang meminta mereka dibenarkan beroperasi.

Sebelum ini beberapa Ahli Parlimen Pembangkang mempertikai keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak membenarkan operasi pasar pagi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjaja rayu benarkan pasar pagi beroperasi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!