X

Kindly register in order to view this article
!

Aidiladha: Tiada peningkatan masuk kenderaan ke Kelantan

Anggota polis melakukan pemeriksaan ketat kepada semua kenderaan yang melalui SJR di pintu masuk ke negeri terbabit. Gambar kecil: Abdullah
A
A

TUMPAT - Polis Kelantan mengesahkan tidak berlaku peningkatan masuk kenderaan ke negeri ini sepanjang tempoh tiga hari bermula 15 Julai hingga Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, peningkatan kenderaan sebanyak lima peratus yang dimaksudkan sebelum ini merangkumi jumlah kemasukan ke pusat-pusat bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan lain-lain bagi membuat persiapan Hari Raya Aidiladha serta pertambahan sedikit dari utara tanah air.

"Sepanjang tempoh tiga hari itu (15 hingga 17 Julai), tiada pertambahan kenderaan (masuk ke negeri ini) dikesan berlaku.

"Ia melibatkan tiga pintu masuk utama ke negeri ini iaitu Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini pada Ahad.

Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud.

Beliau bagaimanapun berkata, secara kebetulan berlaku sedikit pertambahan pada 13 dan 14 Julai lalu iaitu sebanyak lima peratus.

Menurutnya, kebanyakan kenderaan yang masuk ke negeri ini dalam dua hari tersebut mempunyai surat kebenaran sah.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan difahamkan akan mengadakan ujian saringan Covid-19 kepada individu yang masuk ke negeri ini.

Menurut beliau, ujian saringan itu berkuatkuasa pada Ahad dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19 di Kelantan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!