X

Kindly register in order to view this article
!

Sektor perladangan rugi RM10 bilion kerana kekurangan pekerja

Nordin Abdul Malek
A
A

PASIR SALAK - Masalah kekurangan tenaga kerja sektor perladangan khususnya kelapa sawit di negara ini yang kini mengakibatkan kerugian sehingga mencecah RM10 bilion amat membimbangkan dan masih belum dapat diselesaikan.

Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (IGROW), Nordin Abdul Malek berkata, bagi menyelesaikan masalah tersebut, beberapa cadangan dan pendapat dari industri perlu dipertimbangkan oleh kerajaan untuk dilaksanakan.

Menurut beliau, antara cadangan yang perlu dipertimbangkan kerajaan adalah mewujudkan segera insentif khas untuk belia tempatan yang menceburi bidang perladangan untuk menarik minat mereka.

"Hal ini kerana sektor perladangan yang dikatakan bersifat 3D iaitu dirty (kotor), dangerous (berbahaya) dan difficult (sukar) merupakan sektor yang dikatakan kurang diminati oleh rakyat tempatan.

"Insentif khas ini juga boleh diwujudkan menyamai elaun sara hidup nelayan yang diberikan secara bulan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat.

Nordin berkata, elaun sara diri itu dicadangkan untuk diberikan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk pekerja ladang tempatan.

Menurutnya, isu tersebut amat membimbangkan kerana sektor perladangan merupakan salah satu industri berteraskan produktiviti yang sangat memerlukan tenaga kerja mencukupi bagi memastikan pengeluaran hasil memuaskan.

Jelas Nordin, selain itu, kerajaan perlu memperbaiki segera sistem latihan kemahiran berasaskan perladangan sebelum pelatih ditempatkan di industri.

Katanya, perkara itu salah satu cara untuk memastikan mereka menepati suasana ladang dan memenuhi kehendak keperluan pekerja tempatan yang diperlukan majikan.

"Kerajaan juga boleh membantu syarikat-syarikat swasta yang bersedia untuk menjalankan kempen kesedaran untuk mempromosikan peluang dan kelebihan bekerja di sektor perladangan.

"Salah satu kempen yang telah dibuat oleh IGROW ialah Kempen Ladang Malaysia, Tenaga Kerja Anak Malaysia," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!