Lebih 50 karton rokok seludup dirampas

Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada IPD Kubang Pasu untuk tindakan selanjutnya.
Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada IPD Kubang Pasu untuk tindakan selanjutnya.
A
A
A

ALOR SETAR - Pasukan Polis Marin berjaya melumpuhkan beberapa sindiket pengedaran rokok seludup tidak bercukai di sekitar Kedah dan Perlis susulan penahanan seorang lelaki tempatan menerusi operasi Ops Kontraban pada Rabu.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, Supritendan Shoppri Saad berkata, hasil tangkapan itu, pihaknya berjaya merampas lebih 50 karton pelbagai jenis rokok putih disyaki tidak bercukai yang dianggarkan bernilai RM18,509.40.

"Unit Risikan Pasukan Polis Marin merampas pelbagai jenis rokok putih disyaki tidak bercukai, selepas menahan seorang lelaki berusia 27 tahun.

"Dalam serbuan tersebut, sekumpulan polis dari Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi menahan suspek dalam sebuah premis di Jitra, pada 4 petang Rabu kerana disyaki menjual rokok seludup," katanya dalam kenyataan akhbar pada Jumaat.

Shoppri berkata, suspek dan barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dan disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.

"Kami berterima kasih kepada masyarakat yang sentiasa membantu polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan: