Sasaran pingat Olimpik diumum Isnin

Reezal Merican
Reezal Merican
A
A
A

SASARAN pingat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bakal berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan akan diumumkan pada Isnin ini.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pengumuman itu akan dibuat selepas Mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) pada hari berkenaan.

Menurut Reezal Merican, sasaran pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020 dibuat selepas mempertimbangkan kemampuan atlet negara untuk bersaing pada temasya itu nanti.

“Saya tidak akan umumkan sasaran pingat kontinjen negara pada 17 Julai (Jumaat), sebaliknya akan umumkan sasaran selepas mesyuarat pada 19 Julai (Isnin).

“Ia seperti yang saya nyatakan sebelum ini iaitu sasaran akan diumumkan dalam tempoh seminggu sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Beliau memberitahu, KBS akan meletakkan sasaran yang realistik biarpun mengakui semua kontinjen negara lain berdepan situasi sama pada ketika ini.

“Kita perlu bersederhana daripada segi sasaran pingat kerana atlet kita berdepan kekangan dalam mendapatkan latihan yang meletakkan mereka berada pada tahap kompetitif yang tinggi.

“Kita pun mahu memenuhi harapan rakyat Malaysia, jadi kita perlu imbangkan dengan kemampuan dan keadaan ketika ini. Namun, paling penting adalah saya mahu lihat aksi atlet Malaysia di Tokyo nanti,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: