'Alah Bisa Tegal Biasa'

No Image Caption
A
A
A
Nor Syazwani Nor Azman semasa melakukan kerja-kerja di tempat pengumpulan buah kelapa sawit milik datuknya di Felda Pasoh 4, Jelebu, baru-baru ini.

Ibarat perumpamaan 'alah bisa tegal biasa' sesuai digambarkan dengan personaliti Nor Syazwani berusia 20 tahun ini yang mengerah kudrat empat kerat demi mencari pendapatan sendiri dengan mengambil upah di ladang kelapa sawit milik keluarganya dan penduduk Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan.

Gadis genit yang memiliki berat badan 40 kilogram (KG) itu membuktikan keupayaannya dalam menyusun, memunggah dan mengangkat pelepah serta tandan buah kelapa sawit sejak berumur 15 tahun lagi.

Meskipun anak kedua daripada sembilan beradik itu tidak dapat menyambung persekolahan atas sebab tertentu, Nor Syazwani cekal mahu membantu keluarga dengan kebolehan dirinya melakukan kerja di ladang kelapa sawit itu.

Tidak seperti gadis yang lain, Nor Syazwani keluar rumah seawal lapan pagi untuk melakukan kerja mengangkat serta meletakkan tandan buah sawit dianggarkan sekitar 15 hingga 30 kg di tempat disediakan.
Artikel Berkaitan:


Sebagai seorang cucu peneroka, Nor Syazwani juga mampu mengangkat tandan buah sawit sekitar lima hingga ke enam tan sehari dibantu oleh sepupu dan bapa saudaranya. - Foto Bernama
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Larian Bersama Bomba 2024

No Image Caption
GALERI

Karnival Agro Pelancongan Perak PAC 2024

No Image Caption
GALERI

Desaru Coast Sprint Triathlon

No Image Caption
GALERI

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara