'Sanggup rakam video dari bantu mangsa'

Mohammad Hamdan
Mohammad Hamdan
A
A
A

MELAKA TENGAH - Insiden pemandu lori tangki minyak yang rentung hingga tular perlu dijadikan sebagai iktibar oleh semua pihak bagi menggelak kes seumpama itu berulang.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohmmad Hamdan Wahid berkata, rakyat negara ini seharusnya memiliki sikap bertangungjawab ke atas orang lain selain diri sendiri dengan berusaha menyelamatkan mangsa kebakaran daripada merakamkan video mengenai insiden yang menimpa mangsa.

Menurutnya, sekiranya berlaku kejadian kebakaran seperti itu orang ramai boleh menggunakan beberapa kaedah untuk membantu memadam api pada baju mangsa dan salah satunya dengan teknik 'Stop, Drop and Roll' (berhenti, jatuhkan tubuh dan berguling) terutama berguling atas rumput yang mana perkongsian ilmu itu juga sering disampaikan kepada kanak-kanak tadika.

Katanya, usaha menyelamat mangsa boleh diteruskan dengan menggunakan selimut ataupun kain yang basah untuk diletakkan pada mangsa daripada membiarkan mangsa terus berlari kerana keadaan itu akan menyebabkan api lebih marak.

"Tapi apa yang berlaku video ditularkan dan saya rasa amat sedih, orang sanggup membuat rakaman dan tidak membantu mangsa.

"Seharusnya sebagai rakyat, kita sepatutnya menjadi orang yang boleh menyelamatkan orang lain dalam keadaan kecemasan tertentu tetapi dalam insiden ini ia tidak berlaku," katanya.

Mohammad Hamdan (kanan) ketika sidang media selepas majlis penganugerahan pingat kebesaran jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia peringkat negeri di Hotel Muzaffar, di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Mohammad Hamdan (kanan) ketika sidang media selepas majlis penganugerahan pingat kebesaran jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia peringkat negeri di Hotel Muzaffar, di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Mohammad Hamdan berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan pingat kebesaran jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia peringkat negeri di Hotel Muzaffar, di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Zin Salleh.

Tambah Mohammad Hamdan, setiap kenderaan juga digalakkan mempunyai alat pemadam api sebagai langkah keselamatan jika berlaku sebarang bencana diluar jangka di jalan raya.

"Selain alat memadam kebakaran, pemadu lori seperti itu juga kebiasaanya mengikut kurusus berkaitan dan merupakan pemadu lori terlatih," katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang pemandu lori tangki maut dalam kebakaran selepas kenderaannya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 372 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selepas Hentian Rehat dan Rawat Behrang, di Slim River, Perak.

Mangsa, Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis, 38 tahun, berasal dari Felda Mayam, Bera, Pahang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu rentung babitkan nahas tiga lori