Ahli Parlimen UMNO perlu letak jawatan dalam GLC

Semua ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu melucutkan jawatan pada kadar segera bagi membuktikan parti berkenaan betul-betul menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Gambar kecil: Dr Muhammad Fathi Yusof
Semua ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu melucutkan jawatan pada kadar segera bagi membuktikan parti berkenaan betul-betul menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Gambar kecil: Dr Muhammad Fathi Yusof
A
A
A

SHAH ALAM - Semua ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu melucutkan jawatan pada kadar segera bagi membuktikan parti berkenaan betul-betul menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pakar perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, ia termasuk jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri.

Jelas beliau, dengan berbuat demikian, barulah rakyat dapat fahami apa yang dimaksudkan dengan menarik semula sokongan.

“Justeru, buat masa ini kita tak nampak lagi peletakan jawatan daripada mana-mana ahli UMNO yang berada di dalam parti PN,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta selepas hampir lima jam bermesyuarat.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan PN yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Jelasnya, tujuh kegagalan itu antaranya gagal menangani pandemik Covid-19, mempertahankan sistem demokrasi berparlimen, menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan.

Bagaimanapun, Muhammad Fathi berkata, satu penelitian yang jelas perlu dilakukan oleh UMNO ketika ini dengan menyenaraikan berapa ramai anggota mereka yang menarik sokongan tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Dalam hal ini, kenyataan yang dikeluarkan Ahmad Zahid tidaklah secara automatik membawa maksud seluruh ahli Parlimen UMNO telah menarik balik sokongan daripada PM.

“Justeru, perlu dibuat satu penelitian untuk melihat berapa ramai sebenarnya ahli mereka yang menarik balik sokongan daripada PM. Ini yang perlu dilakukan terlebih dahulu,” ujar beliau.

ARTIKEL BERKAITAN UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

Amanah yang perlu digalas dengan jujur, kata Ismail Sabri

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Menteri Kanan