Budak derita ketumbuhan di muka jalani pembedahan

Wajah Nagelam Alafa sebelum dia dibedah di sebuah hospital di Manhattan, New York. - Foto Hospital Lenox Hill/
Northwell Health
Wajah Nagelam Alafa sebelum dia dibedah di sebuah hospital di Manhattan, New York. - Foto Hospital Lenox Hill/ Northwell Health
A
A
A

NEW YORK - Seorang budak perempuan berumur lima tahun selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di pipi kirinya di sebuah hospital di New York pada hujung bulan lalu.

Budak perempuan itu, Nagalem Alafa yang berasal dari Habsyah mempunyai ketumbuhan itu sejak dia dilahirkan.

Jika tidak dirawat, ketumbuhan itu akan semakin membesar dan bakal menyebabkan dia sukar bernafas serta menelan makanan.

Menurut portal berita New York Daily News, seorang pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) menemui budak perempuan itu ketika dia menyertai satu misi ke Habsyah pada tahun lalu.

Pegawai itu kemudian membantunya bagi mendapatkan rawatan di AS dan akhirnya menemui Dr Milton Waner yang sanggup melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu.

Keadaan muka Nagelam Alafa selepas dia dibedah pada 23 Jun lalu. - Foto Barry Williams/ New York Daily News
Keadaan muka Nagelam Alafa selepas dia dibedah pada 23 Jun lalu. - Foto Barry Williams/ New York Daily News

Beliau berjaya menemui Waner selepas berusaha bagi mencari doktor yang layak merawat Nagalem.

Waner kemudian mengetuai satu pasukan yang melakukan operasi pembedahan itu selama 12 jam pada 23 Jun lalu di Hospital Lenox Hill, Manhattan, New York.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pembedahan itu terlalu rumit manakala isteri Waner yang juga anggota pasukan pembedahan tersebut, Dr Teresa O berkata, bengkak yang dialami Nagalem selepas pembedahan itu mungkin akan surut dalam tempoh beberapa bulan.

Pihak hospital dan sebuah badan penyedia kemudahan kesihatan di New York, Northwell Health membiayai kos hospital dan kos selepas pembedahan. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!