Selangor suntik semangat atlet Tokyo 2020

Farah Ann antara atlet negara yang membawa cabaran Malaysia ke Tokyo 2020. - Foto Bernama
Farah Ann antara atlet negara yang membawa cabaran Malaysia ke Tokyo 2020. - Foto Bernama
A
A
A

KERAJAAN Selangor akan memberi sumbangan RM10,000 kepada empat atlet negeri itu yang akan bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, bermula 23 Julai ini.

Exco Sukan, Mohd Khairuddin Othman berkata, peruntukan RM10,000 setiap seorang itu diberi kepada Phee Jing En (renang), Lee Hup Wei (lompat tinggi), Gavin Kyle Green (golf) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik artistik) sebagai perbelanjaan mereka di sana.

"Apabila mereka berjaya membawa balik pingat, kita akan bentang dalam mesyuarat Exco kemudian apa (ganjaran) yang sesuai untuk diberikan atas kejayaan mereka," katanya selepas perjumpaan secara dalam talian bersama Phee, Lee dan Farah Ann, pada Rabu.

Dalam pertemuan itu juga, Hup Wei berkata buat masa kini beliau sudah bersedia untuk ke Tokyo walaupun masih dalam proses pulih daripada kecederaan buku lali di Kejohanan Olahraga Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan, bulan lalu.

Artikel Berkaitan: