Agong zahir takziah kepada keluarga legenda golf negara

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Zainal Abidin, 78. - Foto FB Istana Negara
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Zainal Abidin, 78. - Foto FB Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas pemain golf profesional negara, Zainal Abidin Mohamed Yusof yang meninggal dunia pada Rabu.

Istana Negara menerusi laman Facebook rasminya menyatakan Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Zainal Abidin, 78, dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

"Jasa, khidmat serta bakti Allahyarham kepada negara amat dihargai dan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada sukan golf tanah air," demikian menurut hantaran itu.

Allahyarham Zainal Abidin merupakan seorang legenda golf negara pada era 60-an hingga 80-an dan pernah mewakili Malaysia di Kejohanan Golf Piala Dunia sebanyak lima kali serta Piala Dunhill di St Andrew, Scotland.

Berasal dari Ipoh, Perak, Allahyarham cukup dikenali sebagai pemain golf profesional negara bersama tiga adik beradiknya iaitu Khairudin Yusof, Sahabuddin Yusof dan Nazamuddin Yusof. - Bernama

Artikel Berkaitan: