Wartawan jenayah terkenal Belanda cedera parah ditembak

Peter R. de Vries cedera parah ditembak pada waktu siang di Amsterdam.- Foto Getty Images
Peter R. de Vries cedera parah ditembak pada waktu siang di Amsterdam.- Foto Getty Images
A
A
A

THE HAGUE - Seorang wartawan jenayah terkenal di Belanda, Peter R. de Vries cedera parah ditembak pada waktu siang di Amsterdam dan dikejarkan ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan pada Selasa.

Beliau yang juga seorang pengacara televisyen ditembak lima kali termasuk satu das tembakan di bahagian kepala, menurut saksi kejadian.

Datuk Bandar Amsterdam, Femke Halsema memberitahu pada sidang akhbar bahawa wartawan berusia 64 tahun itu kini sedang tenat.

Polis berkata, tiga orang sudah ditangkap antaranya ialah seorang individu yang disyaki penembaknya tetapi enggan memberikan maklumat lanjut tentang motif serangan tersebut.

Perdana Menteri, Mark Rutte turut menyatakan pada satu sidang akhbar di The Hague bahawa serangan yang dilakukan ke atasnya adalah mengejutkan dan sukar untuk dipercayai.

Menurutnya, ia adalah satu serangan yang berani dan ke atas kebebasan bersuara akhbar yang amat penting untuk demokrasi dan kedaulatan undang-undang negara itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: