Lelaki tetak harimau belang untuk selamatkan diri

Keadaan Adin selepas diterkam harimau belang dalam kejadian di Kampung Badak, Pos Bihai, Gua Musang pada Isnin.
Keadaan Adin selepas diterkam harimau belang dalam kejadian di Kampung Badak, Pos Bihai, Gua Musang pada Isnin.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang lelaki orang asli terpaksa menetak harimau belang menggunakan golok bagi menyelamatkan diri selepas diterkam haiwan berkenaan dalam kejadian di Kampung Badak, Pos Bihai di sini pada Isnin.

Kejadian jam 2 petang itu berlaku ketika mangsa, Adin Andok, 43 dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mencuci kawasan kebun ubi kayu miliknya.

Tindakan berani itu berjaya menyelamatkannya daripada dibaham harimau berkenaan, bagaimanapun Adin mengalami luka di bahagian lengan kanan dan kiri serta mata.

Dia kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut pada bahagian mata.

Sementara itu anak mangsa, Kenwak Adin,25 berkata, dia bersyukur apabila ayahnya terselamat dalam kejadian 'ngeri' itu.

"Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan semua pihak yang telah berusaha sebaik mungkin merawat ayah saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, dia berharap ayah kembali sihat dan dapat menjalankan pekerjaan seperti biasa selepas ini.

Artikel Berkaitan: