X

Kindly register in order to view this article
!

Video tular dua wanita bunuh diri bukan di Malaysia: Polis

Kenyataan yang dikeluarkan oleh PDRM menafikan kejadian tersebut dan menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan berita palsu.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan insiden dua wanita yang terjun berlaku di sebuah apartmen di Genting Highland, Pahang seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Superintendan Komunikasi Korporat Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Superintendan Skandaguru Anandan berkata, klip video berdurasi 30 saat itu dipercayai dirakam di luar negara dan tular di media sosial sejak tahun lalu.

“Kita mengesahkan kejadian berkenaan berlaku di luar negara pada tahun 2017. Video berkenaan diulang siar di media sosial beberapa kali sejak tahun 2020 dan membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai untuk tidak menyebarkan berita sedemikian sebelum memastikan kesahihan bahan tersebut.

“Jangan percaya dengan berita yang tidak berasas. Tindakan menyebar berita sedemikian akan menimbulkan keresahan masyarakat,” ujar beliau.


Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)



Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!