Isu pekebun durian: Kes pemimpin halang tugas polis dalam tindakan

Tangkap layar video yang tular menunjukkan tindakan pemimpin sebuah parti politik cuba mennghalang tugas polis ketika proses reman 18 pekebun durian di Mahkamah Raub pada Isnin.
Tangkap layar video yang tular menunjukkan tindakan pemimpin sebuah parti politik cuba mennghalang tugas polis ketika proses reman 18 pekebun durian di Mahkamah Raub pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Tindakan tiga pemimpin sebuah parti politik yang didakwa mengganggu penjawat awam dalam insiden kekecohan ketika proses reman 18 pekebun durian di Mahkamah Raub pada Isnin masih dalam tindakan polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan turut dilakukan atas dakwaan ada di antara mereka merentas negeri tanpa kebenaran.

Menurutnya, berdasarkan rakaman video yang tular, jelas menunjukkan berlaku cubaan menghalang tugas penjawat awam (polis).

"Melalui video itu juga, mereka dipercayai gagal mengemukakan surat kebenaran rentas negeri sedangkan jika ada, mereka sepatutnya berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada Selasa.

Ramli berkata, tindakan mengganggu tugas penjawat awam tidak sepatutnya berlaku kerana semua pihak perlu menghormati undang-undang.

"Sekiranya ada rasa tidak puas hati dan sebagainya, sepatutnya ia disuarakan secara berhemah.

"Sebaliknya kita lihat penjawat awam diherdik seolah-olah mereka langsung tidak menghormati pihak berkuasa di tempat kejadian," katanya.

Menyentuh berhubung kekuatan anggota polis yang dikerahkan membantu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam operasi memusnahkan kebun durian haram dalam kawasan Hutan Simpan Batu Talam, beliau berkata, jumlahnya memadai setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Proses reman 18 pekebun durian musang king kecoh

Artikel Berkaitan: