X

Kindly register in order to view this article
!

Sinar Harian terus kekal perkasa suara Malaysia

A
A

SHAH ALAM - Sejak Julai tahun 2006, Sinar Harian sudah menempa nama dan masih kukuh dalam industri media cetak.

Sehingga kini, Sinar Harian terus menjadi pilihan dan masih relevan kepada lebih dari 15 juta pembaca di seluruh Malaysia.

Bermula dengan edaran di Kelantan dan Terengganu pada tahun pertama terbitannya, kini Sinar Harian telah menjadi akhbar bahasa Melayu pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

Sepanjang 15 tahun ini, Sinar Harian banyak perubahan serta bergerak mengikut trend terkini untuk memenuhi cita rasa pembaca-pembaca setia.

Tambahan pula, Sinar Harian kini amat aktif menerbitkan program-program yang unik dalam platform digital untuk tontonan semua.

Tahun ini, Sinar Harian sudah berusia 15 tahun dan bulan ini juga merupakan sambutan ulang tahun yang ke-15 (Sinar15) dengan memperkenalkan tagline dan hashtag #PerkasakanSuaraMalaysia.

Resipi kejayaan Sinar Harian sepanjang 15 tahun ini adalah dengan menyampaikan liputan berita yang sentiasa telus dan tulus serta sentiasa menyampaikan isu-isu yang dekat dengan rakyat.

Selain itu, Sinar Harian sentiasa berusaha untuk menyajikan dan memperkenalkan kandungan baharu untuk segenap lapisan pembaca tidak mengenal usia dan bangsa.

Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, sempena sambutan ke-15 ini, pelbagai aktiviti, program dan juga peraduan menarik akan berlangsung sepanjang Julai ini dan kemuncaknya adalah pada 31 Julai apabila Sinar15 akan bersiaran secara langsung di laman media sosial rasmi Sinar Harian selama 15 jam tanpa henti pada 31 Julai 2021 nanti.

Pelbagai program khas serta eksklusif telah disusun untuk Sinar15 yang bakal menemui anda pada hari tersebut.

Nik Justin
Nik Justin

Tambahnya, aktiviti, peraduan dan program bersempena Sinar15 sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Semua dialu-alukan untuk turut bersama-sama meraikan sambutan ulang tahun ke-15 Sinar Harian.

“Kami telah menyusun pelbagai program-program istimewa, eksklusif dan menarik sepanjang bulan Julai ini yang telah dirancang khas yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

"Sinar15 juga akan menjemput ramai tetamu istimewa secara maya untuk turut serta memeriahkan lagi sambutan. Hadiah-hadiah lumayan juga telah disediakan untuk setiap peraduan yang bakal diumumkan”, katanya.

Ujarnya lagi, di era pandemik ini kita digalakkan untuk kekal duduk di rumah jika tiada keperluan untuk berada di luar. Oleh itu, aktiviti, peraduan dan program disusun khas untuk memberi manfaat dan menceriakan hari pembaca-pembaca Sinar Harian sama ada dalam akhbar atau di media sosial.

Teruja dengan sambutan Sinar15, beliau berharap pembaca-pembaca akan terhibur dengan kepelbagaian program yang bakal disajikan.

"Pembaca boleh turut serta memeriahkan lagi ulang tahun kami dengan berkongsi kenangan bersama Sinar Harian dengan hashtag #PerkasakanSuaraMalaysia.

"Semua yang dirancang ini adalah tanda penghargaan dan jutaan terima kasih kami atas sokongan yang tak putus-putus dari pembaca Sinar Harian. Tanpa sokongan padu oleh rakyat Malaysia, tak mungkin Sinar Harian mampu bertahan selama 15 tahun dalam industri media ini.

"Sinar Harian akan terus menyampaikan berita-berita telus dan tulus yang rakyat mahukan demi untuk memperkasakan suara Malaysia”, tambahnya lagi.

Jangan ketinggalan untuk menyertai aktiviti, peraduan dan program yang bakal disajikan sepanjang bulan Julai ini.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai Sinar15, layari https://info.sinarharian.com.my/sinar15/ dan ikuti laman media sosial rasmi Sinar Harian. Pastikan untuk memuat turun aplikasi Sinar Harian untuk informasi yang lebih pantas.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!